.

.

Melaka United belanja RM15 hingga RM20 juta musim ini


Membawa masuk beberapa nama besar seperti Mohd Shukor Adan, Liridon Krasniqi, Razman Roslan dan Safiq Rahim, Melaka United dilaporkan membelanjakan sekitar RM15 juta hingga RM20 juta musim ini.

Menurut laporan BH Online, jumlah pelaburan tersebut meletakkan Melaka United sebaris dengan lima pasukan Liga Super lain termasuk Selangor, Pahang, PKNS FC dan Terengganu FC.

Perbelanjaan tertinggi pasukan Liga Super musim ini direkodkan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim dan juara Piala Malaysia, Perak yang dilaporkan berbelanja sekitar RM25 juta hingga RM30 juta.

Kedah pula di kedudukan ketiga tertinggi dengan perbelanjaan antara RM20 juta hingga RM25 juta termasuk mengikat pemain import dan jurulatih baharu musim ini.


"Lima pasukan seperti Pahang, Selangor, Terengganu, Melaka United dan PKNS FC pula dianggarkan menjadi pasukan pertengahan dalam pelaburan pasukan yang dianggarkan antara RM15 juta hingga RM20 juta.

"Hakikatnya, jumlah perbelanjaan setiap pasukan bukan menjadi ukuran utama terhadap prestasi yang bakal dipamerkan setiap mereka musim ini kerana apa yang penting adalah ia perlu mengikut kemampuan kewangan yang dimiliki," lapor portal itu hari ini.

Anggaran Perbelanjaan Pasukan Liga Super

RM25 juta hingga RM30 juta
JDT, Perak

RM20 juta hingga RM25 juta
Kedah

RM15 juta hingga RM20 juta
Selangor, Terengganu, Pahang, Melaka United, PKNS FC

RM10 juta hingga RM12 juta
Kuala Lumpur

RM8 juta hingga RM10 juta

PKNP, Felda United, Petaling Jaya City
Powered by Blogger.