.

.

Melaka United diikat Binh Duong


Biarpun pada satu ketika kemenangan seakan menghampiri Melaka United namun, kealpaan minit-minit akhir dihukum Becamex Binh Duong apabila mengikat kedudukan 3-3 dalam aksi di Ho Cin Minh lewat petang tadi.

Melaka United mendahului 3-1 selepas sejam perlawanan berlangsung hasil jaringan Anselmo Arruda 'Casagrande' da Silva, Luka Milunovic dan Safiq Rahim.

Namun jelajah pramusim ke Vietnam bukanlah satu tugas yang mudah buat Melaka United apatah lagi pasukan dari negara tersebut cukup liat dan tidak mudah menyerah kalah.

Akhir, Melaka United terpaksa akur dengan gol lewat pasukan di tangga ketujuh Liga Vietnam itu sekali gus menafikan kemenangan pertama pelawat.

Aksi jelajah pramusim Vietnam 2019 akan diteruskan dengan aksi menentang Sai Gon FC esok sebelum mengakhiri jelajah pada 15 Januari menentang Ho Cin Minh City.
Powered by Blogger.