.

.

Melaka United buka kempen Liga Super menentang MIFA


Melaka United bakal membuka tirai kempen Liga Super 2019 menentang pendatang baharu, MIFA pada 2 Februari ini di laman sendiri.

Selepas itu, anak buah Zainal Abidin Hassan bakal bertandang ke Shah Alam menentang PKNS FC pada 9 Februari sebelum melayan kunjungan Pahang di Stadium Hang Jebat pada 16 Februari.

Skuad Hang Tuah ini akan menutup aksi Februari bertemu penyandang juara, Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Larkin, Johor Bahru pada 23 Februari.

Tiga aksi menunggu Melaka United yang berwajah baharu apabila bakal menentang Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat pada 3 Mac diikuti aksi Terengganu FC (9 Mac) di gelanggang lawan sebelum kembali ke laman sendiri menentang Perak (29 Mac).

April pula menyaksikan Melaka United melayan kunjungan Selangor (7 April), ke Ipoh menentang PKNP (12 April), menanti skuad Lang Merah di Stadium Hang Jebat (20 April) sebelum ke Jengka menentang Felda United (27 April).

Pusingan kedua Liga Super 2019 menyaksikan Melaka United bertandang ke Lembah Klang menentang Selangor (4 Mei) sebelum menanti kehadiran Felda United di laman sendiri (13 Mei).

Perlawanan yang agak mencabar menanti Melaka United apabila bakal beraksi empat perlawanan di gelanggang lawan secara berturut-turut pada pertengahan Mei.

Melaka United bakal ke utara menentang Kedah (18 Mei) sebelum turun ke Ipoh melawan Perak (24 Mei), ke Pantai Timur bertemu Terengganu FC (16 Jun) sebelum ke ibu kota menentang Kuala Lumpur (18 Jun).

Seterusnya, Melaka United bakal menanti kunjungan JDT di Stadium Hang Jebat (26 Jun), ke Stadium MBPJ menentang MIFA (5 Julai), menentang PKNP FC di laman sendiri (9 Julai), ke Shah Alam melawan Selangor (13 Julai) dan mengakhiri saingan ke Kuantan menentang Pahang (20 Julai).
Powered by Blogger.