.

.

Melaka United ikat 4 pemain import


Melaka United hari ini sah mengikat empat pemain import bagi menghadapi saingan Liga Super musim ini selepas berpuas hati dengan persembahan mereka sepanjang kempen pramusim.

Seramai lima pemain diuji skuad Hang Tuah namun ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan terpaksa menggugurkan seorang daripada mereka kerana kuota bagi pemain import antara antarabangsa dihadkan kepada tiga sahaja.

Penyerang prolifik, Anslemo Arruda 'Casagrande' Da Silva, Liridon Krasniqi dan Darko Markovic dipilih mengisi kuota import antarabangsa sementara Jang Seok-won pula mengisi kuota Asia.


Pemain tengah dari Montenegro, Luka Milunovic gagal menambat hati pengurusan Melaka United biarpun beraksi dalam beberapa perlawanan pramusim.


Bagi kuota pemain import ASEAN pula dijangka diisi penyerang Filipina, Patrick Alcala Reichelt yang bakal diuji dalam aksi persahabatan terakhir menentang UiTM FC minggu ini.

Turut sama menandatangani kontrak adalah penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang menyambung khidmat semusim lagi di Melaka United.
Powered by Blogger.