.

.

MIFA ke PJ City? Melaka United pun belum daftar lagi


Sudah bertahun lamanya Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) ketika menjenamakan pasukan berjanji akan menukar nama Melaka kepada Melaka United.

Namun sehingga kini, janji hanya tinggal janji apabila nama Melaka United difahamkan masih belum didaftarkan atau ditukar dengan Pesuruhjaya Sukan.

Jadi, tidak hairanlah mengapa jika diperhatikan di media sosial atau portal rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) nama beberapa pasukan termasuk Melaka United masih menggunakan nama lama pasukan masing-masing.

Baru-baru ini, hantaran poster perlawanan sulung antara Melaka United dan Petaling Jaya City mendapat kritikan penyokong selepas Pesatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) memilih meletakkan nama MIFA berbanding nama baharu pasukan itu.


Melihat kepada komen yang dibalas MUSA, alasan itu diberikan kerana Petaling Jaya City belum disahkan namanya oleh badan induk bola sepak Malaysia.

Namun, MUSA akhirnya membuat pusingan-U apabila memadam poster terdahulu dan meletakkan nama Petaling Jaya City pada poster baharu yang dihantar di Facebook persatuan.

Seorang pengamal media, Fadzlie Ahmad berkata, badan pengurusan bola sepak tempatan itu tidak akan menggunakan nama yang belum daftarkan atau ditukar kepada Pesuruhjaya Sukan.

"Selagi tak berdaftar atau tukar di Pesuruhjaya Sukan, nama lama akan kekal. Contohnya MIFA, Perlis, Perak dan Melaka. Kalau ikutkan logo pun tak boleh pakai termasuk di jersi. 


"Sebab itu di media sosial MFL menggunakan nama yang didaftar sahaja. Tak ada City, North Lions, TBG dan United. Nama-nama 'page' rasmi selagi tak berdaftar hanyalah kosmetik," katanya menerusi hantaran di Facebooknya semalam.


Pengurusan sudah bertukar, jadi apa lagi tunggu? Daftarkan atau tukarkan nama pasukan kepada Melaka United baharulah boleh sentuh nama pasukan lain.

Foto: Lokacipta PJLama
Powered by Blogger.