.

.

Pemain import Asia, siapa lebih berbaloi?


Sekembalinya ke Liga Perdana pada 2016 dan Liga Super (2017), Melaka United telah mengambil seramai 22 pemain import termasuk musim baharu kancah Liga Malaysia tahun ini.

Pemain datang dan pergi namun sejak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperkenalkan kuota pemain Asia dan ASEAN, jumlah pemain import meningkat kepada lima orang.

Ini merupakan analisis pemain import dari rantau Asia yang pernah beraksi di Melaka pasca Liga FAM 2015.

Shin Jae Phil (2016)


Pertahanan dari Korea Selatan ini merupakaan pemain import Asia pertama menyertai Melaka United selepas menjuarai Liga FAM pada 2015. Pemain tengah ini berada di Melaka hanya separuh musim apabila digugurkan selepas hanya beraksi 12 perlawanan.

Rating: 6/10

Yashir Islame Pinto (2016)


Pemain kelahiran Chile namun memiliki kewarganegaraan Palestin ini merupkan pengganti Jae Phil bagi separuh musim kedua Liga Perdana 2016. Berjaya membentuk keserasian bersama Ilija Spasojevic sekali gus membantu Melaka United muncul juara Liga Perdana dan layak ke Liga Super. Pinto menjaringkan empat gol daripada sembilan perlawanan untuk skuad 'Hang Tuah'.

Rating: 8/10

Jeon Woo Young (2017)


Pemain dari Korea Selatan ini dibawa masuk oleh Eric Williams. Ketenangan mengawal bola di bahagian tengah telah membantu melancarkan serangan Melaka serta melancarkan tugas 'back four'. Woo Young menjaringkan enam gol sepanjang 19 perlawanan bersama Melaka Melaka.

Dikekalkan untuk musim 2018, Woo Young hanya bertahan sehingga separuh musim sebelum digantikan rakan senegaranya, Lee Chang-Hoon.

Rating: 7/10

Lee Chang-Hoon (2018)


Cepat menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan dan kelicikan serta kawalan bola yang baik menyebabkannya sentiasa menjadi sasaran terjahan kasar pemain lawan.

Nasib tidak menyebelahi Chang-Hoon di Melaka apabila pemain ini kerap diketepikan kerana kecederaan dan hanya sempat beraksi lapan perlawanan dengan empat jaringan gol.

Rating: 7.5/10

Jang Seok-won (2019)


Ikatan Melaka United dan Korea Selatan terus utuh apabila membawa masuk pertahanan, Jang Seok-won.  Pemain berusia 30 tahun ini dijangka berpasangan dengan Razman Roslan di pertahanan tengah. Sehingga kini, kemampuan Seok-won belum benar-benar diuji sepanjang aksi pramusim.


Rating: ?

Foto: MUSA, PBM
Powered by Blogger.