.

.

Penyerang Brazil ketuai jentera serangan menentang Singapore Warriors


Melaka United bakal membariskan penyerang import baharu dari Brazil yang digandingkan dengan Luka Milunovic pada aksi persahabatan menentang Singapore Warriors malam ini.

Tidak menamakan penggempur tersebut, ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan berkata, penyerang yang hadir sejak minggu lalu itu diharap menepati ciri-ciri yang diperlukan sekali gus disenaraikan dalam skuad musim ini.

Menurut sumber, penyerang yang dimaksudkan adalah bekas pemain Felcra FC dan Kuala Lumpur, Anselmo Arruda da Silva atau lebih dikenali sebagai Casagrande.

Penyerang berusia 32 tahun itu merupakan penjaring terbanyak Liga Premier 2019 selepas menjaringkan 18 gol daripada 21 perlawanan.

Dalam pada itu, beliau dijangka menurunkan dua import, Jang Suk Won dari Korea Selatan dan Darko Markovic (Serbia) bagi mengisi posisi pertahanan dan tengah skuad Hang Tuah.
Powered by Blogger.