.

.

Reichelt lengkapkan lima pemain import


Penyerang Filipina, Patrick Alcala Reichelt dilaporkan bakal melengkapkan senarai lima pemain import Melaka United musim ini bagi kuota ASEAN.

Pemain kelahiran Berlin, Jerman itu difahamkan bakal menjalani latihan bersama rakan sepasukan dalam jangka masa terdekat selepas selesai tugas bersama skuad Azkals pada kejohanan Piala Asia 2019 di UAE baru-baru ini.

Reichelt yang boleh beraksi di bahagian sayap kanan diturunkan dalam kesebelasan utama pada tiga aksi Piala Asia ketika Filipina tewas 0-1 kepada Korea Selatan, China (0-3) dan Kyrgyzstan 3-1.

Akan berusia 31 tahun pada tahun ini, Reichelt memulakan kariernya di Jerman bersama Nordberliner SC dan kemudiannya berhijrah ke Filipina bersama Cebu FC pada 2012.



Pada musim 2013-14, pemain naturalisasi ini berhijrah ke Liga Thailand bersama Port FC sebelum kembali ke Filipina bersama Ceres-Negros FC. 

Kehadiran Reichelt bakal melengkapkan kuota pemain import Melaka United termasuk Anselmo Arruda 'Casagrande' Da Silva dari Brazil, Luka Milunovic (Serbia), Liridon Krasniqi (Albania) dan Jang Seok-won (Korea Selatan).


Menurut laporan Nadi Arena, nama seorang lagi pemain import yang menjalani latihan bersama Melaka United, Darko Markovic tiada dalam perancangan Zainal Abidin Hassan.
Powered by Blogger.