.

.

RM12 satu perlawanan, kenapa pas bermusim lebih mahal?


Setelah membatalkan jualan pas bermusim yang berharga RM250 (berbumbung) dan RM500 (tempat duduk utama), Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) sekali lagi menawarkan pas bermusim baharu hari ini.

Menerusi hantaran di Melaka United Official Store, harga yang ditawarkan bagi tempat duduk terbuka adalah RM180 tanpa sebarang faedah atau diskaun kepada pembeli.

Secara umumnya, setiap pasukan akan beraksi sekurang-kurangnya 15 perlawanan termasuk 11 bagi Liga Super, Piala Malaysia (tiga) dan Piala FA (satu).


Situasi ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada pemilik pas bermusim apabila terpaksa membayar harga RM12 bagi setiap perlawanan di laman sendiri.


Berbanding tawaran pasukan Liga Super, Selangor yang menawarkan salah satu pakej berharga RM199 namun mereka turut memberikan faedah lain kepada pembeli.

Antaranya termasuk sehelai jersi utama atau kedua pasukan, lanyard eksklusif, poster dan keutamaan bagi membeli tiket final.

Dalam pada itu, menerusi komen di Facebook berkenaan, penyokong turut bertanyakan soalan mengenai tawaran jersi jika disekali dalam pakej berkenaan.

Namun, menurut pengurusan segalanya masih dalam perbincangan dan tiada faedah atau jersi diberikan kepada pembeli pas bermusim.

Persoalannya, kenapa pas bermusim lagi mahal daripada beli pada hari perlawanan?


Powered by Blogger.