.

.

Terlalu ramai lagenda dalam satu gambar - Mat Don


Biarpun baharu sahaja menyertai sesi latihan Melaka United minggu lalu, Liridon Krasniqi tampak cepat menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan.

Liridon yang sebelum ini beraksi untuk Kedah dilihat selesa bersama rakan sepasukan baharu apabila bergambar bersama di bilik persalinan selepas menjalani sesi latihan.

Menerusi satu status yang dimuat naik di akaun Instagramnya, pemain kelahiran Kosovo itu bersahaja bergambar bersama dua rakan sepasukan yang disifatkannya sebagai lagenda.

"Terlalu ramai lagenda dalam gambar ini," katanya menerusi kapsyen yang dimuat naik bersama gambar semalam.


Liridon merupakan salah seorang daripada lima pemain import yang diuji Melaka United termasuk Jang Seok-won, Luka Milunovic, Anselmo Arruda 'Casagrande' Da Silva, Patrick Rachelt dan Darko Markovic.


Melaka United bakal bertemu Sarawak malam ini dalam aksi persahabatan dan bakal memulakan kempen Liga Super menentang Petaling Jaya City atau nama lamanya, MIFA Februari ini.
Powered by Blogger.