.

.

Dulu percuma, OKU kini perlu bayar separuh harga tiket


Belum reda hal pas bermusim yang tidak setimpal dengan harganya, timbul isu baharu yang boleh merosakkan imej Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA).

Terbaharu difahamkan persatuan itu mengenakan tiket kepada golongan orang kurang upaya (OKU) bagi semua perlawanan di Stadium Hang Jebat. 

Menurut sumber, golongan OKU akan dikenakan bayaran separuh harga sekitar RM5 bagi berbumbung dan RM7.50 (tempat duduk utama) berbanding percuma pada musim lalu.

Tidak dapatkan dipastikan mengapa golongan ini dikenakan bayaran sedangkan jumlah mereka begitu kecil yang hadir ke stadium.

MUSA baru-baru ini mengumkan penurunan harga tiket daripada RM15 kepada RM10 bagi tempat duduk terbuka, RM15 (tempat duduk utama) dan percuma kepada kanak-kanak.

Foto: Zaidi Embong


Powered by Blogger.