.

.

Golongan OKU masuk percuma


Tiada tiket masuk untuk golongan orang kurang upaya (OKU) bagi menyaksikan perlawanan membabitkan Melaka United di Stadium Hang Jebat musim ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Farhan Ibrahim berkata, golongan tersebut diminta membawa kad OKU masing-masing ketika memasuki stadium.

Katanya, golongan OKU yang tidak menggunakan kerusi roda pula diminta memasuki stadium melalui mana-mana pintu masuk tiket kawasan terbuka.

"OKU yang menggunakan kerusi roda sahaja dibenarkan memasuki stadium menggunakan laluan khas pintu kuning berhampiran Kabin Melaka United bersama pengiring mereka.

"Semoga dengan kelonggaran ini akan dapat memudahkan golongan tersebut untuk turut sama menyaksikan perlawanan dan memberikan sokongan buat pasukan kita," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Melaka United Media hari ini melaporkan mengenai golongan OKU bakal dikenakan tiket masuk separuh harga berbanding secara percuma musim lalu.


Powered by Blogger.