.

.

Ingatkan 'power' sangat! Safiq muncul penyelamat Melaka United



Ingatkan 'power' sangat. Ingatkan 'power' sangat, ingatkan 'power' sangat. Itu yang dilaungkan penyokong Melaka United sebaik wisel penamat menentang Pahang ditiup di Stadium Hang Jebat malam tadi.

Segalanya tampak kurang menyebelahi Melaka United baik daripada percubaan yang dicipta sehinggalah kepada keputusan meragukan yang dibuat pengadil dan juga dua penjaga garisan.

Bermula dengan kesilapan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang membuka ruang kepada pertahanan Pahang, Harold Goulan meledak gol pelawat, Melaka United dilihat cuba bangkit mencari gol penyamaan.

Disebalik keghairahan mencari gol pujian wajar diberikan kepada gandingan pertahanan, Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman, Mohd Shukor Adan, Jang Suk-won dan Raimy Mohd Nor.



'Back four' Melaka United ini berjaya mengekalkan disiplin yang tinggi mengekang gerakan penjaring terbanyak Liga Super, Dickson Nwakame sehinggakan memaksa pelawat membuka gerakan lebih ke bahagian sayap.

Darko Markovic yang beraksi di bahagian tengah bertahan tampak hilang punca apabila pasukan tidak memegang bola dengan formasi 4-1-4-1 kerana mudah dieksploitasi trio serangan Pahang.


Gandingan Safiq Rahim dan Liridon Krasniqi pula kurang menjadi apabila hantaran-hantaran mereka mudah dibaca dan dipatahkan lawan. 

Ketinggalan selama hampir 84 minit, usaha keras pemain Melaka United berbaloi apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-89 selepas penjaga gol Pahang, Helmi Heliza menarik Anselmo Arruda 'Casagrande' da Silva.

Safiq berjaya menyempurnakan sepakan penalti sekali gus menceriakan 19,507 penyokong yang hadir ke Stadium Hang Jebat.

Kejayaan mengikat Pahang menyaksikan Melaka United mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini dengan mengutip tujuh mata daripada tiga perlawanan.


Melaka United bakal meneruskan aksi Liga Super minggu depan apabila bertandang ke Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
Powered by Blogger.