.

.

Jimmy, Darko mungkin disisihkan menentang Pahang


Dua tonggak Melaka United, Ahmad Khuzaimi Piee atau Jimmy dan Darko Markovic mungkin terpaksa diketepikan bagi aksi menentang Pahang Sabtu ini gara-gara kecederaan.

Jimmy mengalami kecederaan ketika menentang PKNS FC minggu lalu selepas diusung keluar padang pada minit ke-70 dan digantikan Ramzi Haziq Mohamad.

Ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan berkata, beliau berharap kecederaan Jimmy tidak terlalu serius dan masih menunggu status pemain berkenaan.



“Sebelum ini, dalam dua perlawanan kita terpaksa melupakan khidmat Markovic yang mengalami kecederaan ketika sesi latihan.

“Malam tadi (kelmarin), Jimmy pula cedera, harap tidaklah begitu serius serta boleh beraksi namun kena tunggu selepas dia menjalani rawatan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan PKNS menentang MU di Stadium Shah Alam baru-baru ini.

Ketiadaan Markovic dalam kesebelasan utama membuka peluang buat Saiful Ridzuwan Selamat beraksi menentang PKNS FC.



Bekas pemain Selangor itu membuktikan kemampuannya apabila berjaya mengemudi bahagian tengah bersama Safiq Rahim selain melindungi benteng pertahanan daripada dibolosi lawan.


Selepas dua perlawanan, Melaka United meraih enam mata maksimum selepas menundukkan Petaling Jaya City dan PKNS FC dalam dua aksi awal Liga Super 2019.

Foto: Dunia Sukan, MUSA
Powered by Blogger.