.

.

Nazrin tak sabar beraksi


Terlepas empat perlawanan pertama Liga Super, pemain sayap, Mohd Nazrin Mohd Nawi tekad membantu Melaka United meraih kemenangan ke atas Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat, Ahad ini.

Nazrin yang baru pulih daripada kecederaan lutut kanan yang dialami ketika aksi pramusim di Vietnam, awal Januari lalu terkilan gagal menyumbang tenaga pada aksi awal pasukannya.

Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu terlepas saingan berdepan Petaling Jaya City, PKNS FC, Pahang dan JDT tekad mengembalikan kecemerlangan prestasi seperti musim lalu.

“Memang saya rasa terkilan tidak dapat menyumbang kudrat namun apa daya kecederaan membataskan sentuhan saya setakat ini. 

“Kini saya sudah pulih namun masih dalam proses membina kecergasan terbaik untuk diturunkan. Namun jika diberikan peluang saya akan buktikan kemampuan yang saya miliki,” katanya kepada BH Online semalam.


Justeru, dia tekad untuk tampil agresif walaupun baharu saja pulih daripada kecederaan, malah berazam melakukan sesuatu untuk skuad Hang Tuah walaupun jika hanya diturunkan dalam tempoh 20 minit terakhir perlawanan.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.