Bekas penyerang Melaka United, Marko Simic ditahan pihak berkuasa Australia selepas didakwa menyerang atau melakukan kekerasan terhadap wanita di dalam kapal terbang.
Simic yang kini bersama Persija Jakarta didakwa melakukan perbuatan tersebut ketika dalam penerbangan dari Bali ke Sydney bagi menghadapi aksi kelayakan Liga Juara Juara Asia menentang Newcastle Jets.
Susulan penahanan tersebut, pemain berasal dari Crotia itu tidak dibenarkan meninggalkan Australia sehingga perbicaraan kes tersebut yang dijadualkan pada April ini.
BREAKING: Star international footballer Marko ‘super’ Simic has had to surrender his passport after facing court in Sydney accused of assaulting a woman he sat next to on a flight from Bali to Sydney for @Persija_Jkt Asian Champions League game against @NewcastleJetsFC tonight— Nat Wallace N-A-T (@NatJohnWallace9) February 12, 2019
Peguam yang mewakili Simic memohon perbicaraan dilakukankan segera namun Majistret Jennifer Atkinson berkata, kes tersebut perlu melalui prosedur sama sama seperti kes-kes lain kerana melibatkan banyak pihak termasuk polis.
Simic sebelum ini pernah mencetuskan sensasi apabila didakwa pernah menghantar mesej berunsur lucah kepada artis popular Indonesia, Via vallen sebelum ini.
Foto: News Corp Australia