Mat Don terlepas aksi menentang TFC


Pemain tengah, Liridon Krasniqi bakal diketepikan untuk pertemuan menentang Terengganu FC (TFC) Sabtu ini.

Ini susulan kecederaan yang dialami pemain kelahiran Kosovo itu ketika beraksi menentang Kuala Lumpur minggu lalu.

Liridon menerusi akaun Facebooknya berkata, dia berharap agar dapat segera kembali pulih sekali gus membantu pasukan meraih mata maksimum dalam setiap perlawanan.

"Malangnya saya mengalami kecederaan pada perlawanan lalu. Saya berharap dapat pulih segera dan dapat kembali membantu pasukan.

"Inilah kehidupan (dalam bola sepak). Semoga berjaya dalam perlawanan akan datang Melaka United," katanya hari ini.

Ketiadaan Liridon pastinya satu kehilangan buat skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan namun Melaka United masih mempunyai pengganti yang sesuai di posisi Liridon.


Zainal Abidin dijangka meletakkan Darko Markovic ke atas berpasangan bersama Safiq Rahim sementara Saiful Ridzuwan Selamat dijangka beraksi untuk posisi tengah bertahan.