Melaka United 2-0 Kuala Lumpur highlights


Melaka United berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat sendiri dalam saingan unifi Liga Super 2019 selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-0 pada aksi ke-5 liga, malam tadi (Ahad, 3 Mac).

Melaka United yang dilihat lebih banyak menguasai perlawanan mendahului hasil jaringan Darko Markovic yang menanduk masuk bola hantaran lambung Faris Shah Rosli pada minit ke-14.

Dua minit selepas itu Nazrin Nawi menjaringkan gol kedua Melaka hasil larian solo selepas menerima bola hantaran Casagrande sebelum merembat masuk menewaskan penjaga gol, Kuala Lumpur Sharbinee Allawee.

Dengan kemenangan itu Melaka United naik ke tangga ke-4 liga dengan 10 mata selepas 5 perlawanan.