.

.

Zamir Selamat tak laku?


Bekas penjaga gol Melaka United, Mohd Zamir Selamat kini berdepan situasi sukar selepas gagal menyertai sebarang pasukan selepas jendela perpindahan Liga Malaysia ditutup.

Mohd Zamir berkata, dia telah menyertai sesi pemilihan dengan beberapa pasukan termasuk dari Liga Super sehinggalah Liga Malaysia M3 namun tiada satu pun yang berminat mendapatkan khidmatnya.

"Berbelas pasukan semua tidak jadi. Daripada Liga Super sampai Liga M3. Kalau paling bawah pun aku cari, yang ada latihan pasukan dan penjaga gol, sebab hendak latihan.

"Dengar ada yang kata aku sampai sekarang tiada pasukan sebab minta gaji tinggi terutama dekat Kelantan. Main okey, latihan pun okey, tiba-tiba tidak jadi. Maknanya mungkin aku minta gaji RM18,000 kot.

"Kalau ada wakil pengurusan yang kata macam itu dekat penyokong, tolonglah suruh Istighfar sikit. Sampai semalam pun aku setuju nak main pasukan yang bayar RM1,000-2,000 tetapi seperti biasa pagi ini mereka batalkan," katanya menerusi akaun Facebooknya hari ini.


Mohd Zamir beraksi untuk Melaka United musim lalu namun kontraknya tidak disambung selepas dia menjadi pilihan kedua di belakang Khairul Fahmi Che Mat.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.