.

.

Berang tewas, Kepda label Melaka United 'pasukan bawahan'


Jika ada masalah dalam kelambu, usah dibakarnya kelambu hingga terbakar 'rumah jiran-jiran'. 

Itu yang berlaku apabila Kelab Penyokong Bolasepak Kedah Darul Aman (Kepda) melabel Melaka United pasukan bawahan susulan kekalahan tipis 0-1 kepada Melaka United di Stadium Hang Jebat, Ahad lalu.

Memetik kenyataan Presidennya Nor Amadi Hamzah di BH Online, Kepda Kedah secara tiba-tiba longlai mencatatkan keputusan luar jangkaan selepas tewas kepada pasukan bawahan liga seperti Kuala Lumpur (1-2) dan juga Melaka United (0-1).

"Apabila menentang pasukan kuat, Kedah berjaya kekalkan rentak perlawanan, tapi kami hairan bila lawan dengan pasukan bawahan liga, Kedah kecundang dengan mudah seperti lawan sebelum ini bertemu Melaka dan Kuala Lumpur yang sepatutnya kita boleh menang."

"Memang kalah menang adalah adat perlawanan, namun apa yang kami terkilan adalah aksi longlai pemain-pemain longlai yang dipamerkan, ia jelas menampakkan Kedah tidak beraksi seperti yang dirancangkan."

"Kami boleh terima kekalahan namun biarlah kekalahan itu cara bermaruah dan bukan tewas mudah dengan kurang percubaan untuk menghasilkan gol," katanya semalam.

Foto: MSL
Powered by Blogger.