Milunovic kembali, ganti tempat Mat Don?


Pemain tengah dari Serbia, Luka Milunovic dilaporkan bakal kembali ke Melaka United selepas menikmati separuh musim yang hebat bersama pasukan Liga Premier, Sabah.

Dipinjamkan sejak awal musim ini, Milunovic menampilkan persembahan terbaik dengan menjaringkan tiga gol sehingga dipilih sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Liga Premier PFAM untuk Februari 2019.

Pemain tengah menyerang ini dijangka menggantikan Liridon Krasniqi atau Mat Don yang mengalami kecederaan peha yang menyebabkan pemain kelahiran Kosovo itu diketepikan lebih dua bulan.

Berita kepulangan awal Milunovic sudah menjadi perbualan penyokong Sabah sejak beberapa hari lalu selepas kelibatnya tidak kelihatan ketika aksi menentang UKM FC minggu lalu.