Milunovic sertai latihan Melaka United hari ini


Luka Milunovic dijangka memulakan latihan bersama skuad Melaka United hari ini selepas tempoh pinjamannnya ke Sabah ditamatkan lebih awal.

Pemain tengah berasal dari Serbia itu dijangka disenaraikan sebagai salah seorang daripada lima pemain import Melaka United musim ini dan mungkin akan diturunkan menentang Selangor Sabtu ini.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), tiada perkembangan terkini status kecederaan Liridon Krasniqi mendorong persatuan menyenaraikan semula Milunovic dalam skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan.

"Persatuan Bola Sepak Sabah sudah memberi lampu hijau bagi membolehkan MUSA kembali menyenaraikan pemain tengah itu (Milunovic) bersama pasukan.


"Malah pemain terbabit dijangka akan memulakan sesi latihan esok di bawah kendalian jurulatih, Zainal Abidin," katanya seperti dipetik daripada BH Online.

Semalam, Mohd Yusoff memaklumkan kesediaan MUSA mencari pengganti Mat Don selepas pemain tengah terbabit kini menyepi akibat kecederaan dialaminya.

Bekas pemain Kedah terbabit terlepas enam perlawanan termasuk satu aksi Piala FA yang jelas mengambarkan situasi sukar buat Melaka kembali menyenaraikannya bersama skuad berkenaan.