Impian Melaka United untuk melangkah jauh di saingan Piala FA tidak kesampaian apabila tumpas 3-2 di tangan PKNS FC di Stadium Shah Alam, Selangor malam tadi.
Gol-gol PKNS FC dijaringkan K. Gurusamy, Chan Vathanaka dan Kpah Shermann sebelum Melaka United cuba bangkit menerusi dua gol lewat Anselmo Arruda 'Casagrande' da Silva dan Mohd Shukor Adan.