.

.

Reaksi Casagrande jelas satu kepuasan - Shukor


Kejayaan menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menundukkan Kedah 1-0 malam tadi merupakan satu kepuasan buat penyerang import, Anselmo Arruda 'Casagrande' da Silva.

Kapten, Mohd Shukor Adan berkata, sebagai seorang penyerang, Casagrande pastinya tertekan selepas hanya menjaringkan satu gol di Liga Super dan jaringan tersebut mampu meredakan segala tekanan yang ada.

"Sebagai penyerang kita perlu menjaringkan gol tidak kira pemain tempatan atau import. Apa yang kita lihat Casagrande telah membuktikan dia boleh melakukan dan berusaha keras untuknya. 



"Sebagai pemain import dia berada tekanan kerana tidak menjaringkan gol dalam 10 perlawanan. Apa kepuasan yang dia raikan tadi adalah itu yang dia kehendaki. Jadi tahniah untuk Casagrande, dia layak untuk gol malam ini," katanya kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) malam tadi.

Sejak menyertai Melaka United awal musim ini, Casagrande hanya meledak dua gol dalam 10 perlawanan, satu pada aksi Liga Super dan dan satu lagi menerusi sepakan penalti di Piala FA.
Powered by Blogger.