.

.

Angan peledak baharu Melaka United


Mungkinkah Davy Claude Angan merupakan penyelesaian kepada ketumpulan jentera serangan Melaka United musim ini?

Itu antara persoalan yang berlegar di minda penyokong selepas pemain import berasal dari Ivory Coast itu sah mengikat kontrak bersama skuad hijau putih.

Mengenakai jersi nombor sembilan pasukan, pastinya tekanan berada di bahu pemain berusia 32 tahun itu apatah lagi posisi kegemarannya adalah di bahagian sayap kiri.

Namun, Angan yang pernah berkelana di beberapa buah negara seperti Turki, Norway, Malta dan China juga boleh beraksi sebagai penyerang.

Untuk rekod, kelab terakhir yang diwakili Angan adalah Mosta FC di divisyen satu Norway.

Sepanjang enam bulan di sana, Angan telah menjaringkan lima gol dalam 10 penampilan serta merekodkan satu bantuan gol ketika beraksi di negara tersebut.


Pada awal kariernya, Angan pernah beraksi di Lyn, Hønefoss dan Molde yang menyaksikan beliau muncul penjaring terbanyak dengan 22 gol pada 2012 ketika bersama Molde.

Angan kemudiannya melebarkan karier di Hangzhou Greentown selama tiga tahun sebelum menyertai Gaziantepspor beraksi di Süper Lig Turki pada musim 2016-2017.

Penyerang itu menjaringkan 23 dalam 94 perlawanan ketika di China namun ratio tersebut berkurangan di Turki apabila Angan hanya meledak dua kali dalam 21 penampilan.

Berhijrah ke Samsunspor di Divisyen Dua Turki, Angan hanya sekali menjaringkan gol dalam 16 perlawanan.


Powered by Blogger.