.

.

Felda United jadi 'lauk'


Luar dari kebiasaan! Melaka United mempamerkan aksi menakjubkan ketika menentang Felda United dengan merekodkan kemenangan besar 6-0 ke atas pelawat malam tadi.

Keputusan ini seakan devaju kepada aksi tahun lalu menentang lawan sama dan juga di Stadium Hang Jebat apabila jaringan hatrik Ifedayo Olusegun membantu Melaka United membenam The Settlers 6-1.


Malam ini, Luka Mulinovic pula membuktikan keputusan Zainal Abidin Hassan memanggilnya kembali dari pinjaman ke Sabah adalah tindakan yang tepat selepas meledak jaringan hatrik.


Lupakan seketika pemergian empat pemain sejak jendela perpindahan dibuka 2 Mei lalu, moral di bilik persalinan Melaka United berada di tahap tertinggi.

Kelompongan jentera tengah yang ditinggalkan Darko Markovic dan Liridon Krasniqi kini diisi oleh Milunovic yang mempunyai kualiti lebih baik berbanding kedua-dua pemain berkenaan, sama ada menerusi hantaran mahupun ketajaman penyudah yang dimilikinya.


Mendahului seawal minit keempat menerusi jaringan Patrick Reichelt, Melaka United tidak menoleh ke belakang apabila menggandakan kedudukan hasil jaringan leret Safiq Rahim pada minit ke-25.


Pemain sayap, Mohd Nazrin Nawi meletakkan Melaka United selesa 3-0 di depan pada minit ke-35 sebelum Milunovic memanfaatkan kesilapan pertahanan Felda United, Thiago untuk mencetak gol pertama peribadinya.

Mendahului 4-0 ketika menuju bilik persalinan, babak kedua menyaksikan Felda United yang dibimbing Nidzam Jamil cuba mencipta beberapa gerakan berbahaya.


Namun, Milunovic mematikan sisa-sia kebangkitan pelawat apabila meledak gol kelima tuan rumah pada minit ke-53 sebelum melengkapkan jaringan hatrik pada minit-minit akhir perlawanan untuk merekodkan kemenangan terbesar Melaka United musim ini.

Powered by Blogger.