Giliran Nurshamil angkat kaki


Satu demi satu pemain pergi. Biarpun pemain datang dan pergi namun penghijrahan wira Melaka United ketika di Liga FAM dan Liga Premier, Nurshamil Abd Ghani pastinya akan dirasai.

Kerap memanaskan bangku simpanan musim ini, Nurshamil mengikut jejak langkah beberapa rakan sepasukan seperti Darko Markovic dan R. Gopinathan berhijrah ke pasukan lain.

Ini diburukkan lagi dengan khabar angin kononnya kedudukan kewangan pasukan kian meruncing.


Nurshamil hari ini memaklumkan mengenai keputusannnya meninggalkan pasukan kelahirannya bagi menyertai Seangor United untuk mencari angin baharu yang lebih baik.

"Kita akan bersama lagi pada masa depan dan segala memori tidak akan terpadam. Insya Allah. #sayonara," katanya menerusi akaun Facebooknya.

Dalam pada itu, tidak dapat dipastikan sama ada Nurshamil dipinjamkan atau berpindah secara tetap.