Harapan penyokong Selangor untuk melihat Ifedayo Olusegun beraksi menentang bekas majikan, Melaka United malam tadi tidak kesampaian apabila penyerang itu tidak disenaraikan dalam skuad 18 pemain Red Giant.
Ifedayo yang beraksi di Bahrain musim lalu dikatakan mampu menjadi duri dalam daging buat Melaka United selepas meledak cemerlang lapan gol daripada sembilan perlawanan musim lalu.
Namun, Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) melakukan kejutan apabila tidak menyambung kontrak penyerang berkenaan sebaliknya memilih Anselmo Arruda 'Casagrande' da Silva.
Ifedayo dipilih menggantikan Rufino Segovia yang mengalami kecederaan sebaik jendela pertengahan musim dibuka kelmarin.
Foto: FA Selangor