.

.

Import baharu bakal perkuat Melaka United


Melaka United bakal menguji beberapa pemain import baharu bagi memperkukuhkan pasukan bagi mengharungi pusingan kedua kempen Liga Super 2019.

Ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan berkata, beberapa import akan hadir ke negeri itu dalam tempoh terdekat bagi menjalani ujian pemilihan.

"Buat masa ini, saya enggan menamakan siapakah pemain terbabit dan import mana akan terkeluar dalam senarai mengharungi pusingan kedua Liga Super selepas ini. 

"Jika pemain baharu diuji berkemampuan dan lebih baik, tidak mustahil mendapat tempat dalam skuad Hang Tuah," katanya kepada BH Online semalam.

Luka Milunovic dipanggil semula bagi menggantikan Mat Don yang mengalami kecederaan panjang.
Pemain tengah, Darko Markovic semalam sah menyertai Kuala Lumpur selepas kontraknya ditamatkan sementara Liridon Krasniqi atau Mat Don mungkin disingkirkan kerana kecederaan panjang.

Penyerang import, Anselmo Arruda 'Casagrande' da Silva pula gagal mempamerkan konsistensi di depan gawang sekali gus membuatkan masa depannya bersama Melaka United menjadi tanda tanya.

Dalam pada itu, Zainal Abdin menafikan timbul salah faham dan pergeseran antara pasukan dan Mat Don yang kini menjalani proses pemulihan di Jerman.
Powered by Blogger.