.

.

Kami bagaikan adik-beradik, kata-kata akhir Darko buat keluarga Melaka United


Selepas melengkapkan perpindahan ke Kuala Lumpur, Darko Markovic hari ini mengucapkan terima kasih kepada keluarga Melaka United.

Biarpun jodohnya tidak panjang di Melaka, Darko menganggap sepanjang tempoh beberapa bulan dia bersama rakan sepasukan, staf kejurulatihan dan penyokong merupakan tempoh yang sangat bermakna.

"Saya berterima kasih kepada pengurusan kerana mengambil saya sebagai pemain import bagi musim ini dan sangat menghargainya.


"Terima kasih juga kepada staf kejuratihan atas bimbingan dan kepercayaan. Tidak lupa rakan sepasukan yang sentiasa menyokong saya sewaktu susah dan senang.

"Adalah sangat baik dan bermakna dapat mengenali anda semua biarpun hanya seketika. Saya melalui masa-masa yang indah bersama kamu semua, persabahatan yang bagaikan adik-beradik.


"Akhirnya sekali, saya ucapkan terima kasih kepada penyokong Melaka United yang sentiasa menyokong sejak hari pertama saya tiba di sini bersama pasukan yang hebat ini.

"Maaf kerana terpaksa mengundur diri lebih awal dan saya doakan selamat maju jaya buat Melaka United," katanya menerusi catatannya di Instagramnya hari ini.

Darko hari ini sah menyertai Kuala Lumpur setelah beraksi selama separuh musim bersama Melaka United.
Powered by Blogger.