.

.

Dua gol Reichelt bantu Melaka United pulang tiga mata dari Ipoh


Lupakan seketika debut Davy Angan dan Dominik Belic kerana pemain paling konsisten Melaka United, Patrick Reichelt mencuri tumpuan apabila dua gol jaringannya membantu pasukan menundukkan Perak 3-2 di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.


Bermula baik sejak wisel sepak mula ditiupkan, skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan terlebih dahulu ketinggalan pada minit ke-18 menerusi jaringan Brendan Gan.


Namun, Melaka United kemudiannya bangkit daripada ketinggalan apabila menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma menarik bekas pemain Bos Gaurus, Mohd Nazrin Nazrin Nawi pada minit ke-23.

Keputusan seakan kekal 1-1 menuju bilik persalinan namun Reichelt bijak memperdaya Nazirul Naim Che Hashim sebelum merembat leret melepasi kawalan penjaga gol Perak, Khairul Amri Salehuddin untuk meletakkan Melaka United di depan.


Mehmet Durakovic melakukan pertukaran di separuh masa kedua dengan membawa masuk J. Partiban dan percaturan tersebut berhasil.

Pada minit ke-57, sepakan percuma Nazirul Naim ditepis keluar Khairul Fahmi Che Mat namun bola singgah ke kaki Partiban yang kemudiannya melepaskan sepakan padu ke gawang pelawat untuk mengikat kedudukan 2-2.


Melaka United mengambil kesempatan mencetak gol kemenangan menerusi satu gerak serangan balas pantas.

Pemain gantian, Mohamad Faris Shah Mohd Rosli menghantar bola ke sebelah kanan mencari Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman yang kemudiannya melepaskan satu percubaan ke gawang Perak.


Namun, Khairul Amri gagal menangkap kemas percubaan tersebut sebelum disambar Reichelt untuk gol kelapn peribadinya musim ini.

Kejayaan membawa pulang tiga mata dari Stadium Perak melonjak skuad bimbingan Zainal Abidin itu ke tangga keempat Liga Super.
Powered by Blogger.