Melaka United uji Angan, Balic


Melaka United dilaporkan menguji dua pemain import bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Anselmo Arruda 'Casagrande' da Silva dan Darko Markovic.

Penyerang berasal dari Ivory Coast, Davy Claude Angan N'Guessan dilihat telah mula menjalani latihan di bawah kendalian Zainal Abidin Hassan petang tadi.

Sementara itu, Dominik Balic yang beraksi di posisi pertahanan dijangka mula menyertai pasukan esok menjelang aksi Liga Super menentang Perak di Ipoh, Sabtu ini.


Kelab terakhir diwakili Angan adalah pasukan divisyen satu Malta, Mosta FC sementara Balic pula beraksi untuk pasukan divisyen dua di Crotia bersama NK Dulgopolje.

Melaka United kini mempunyai tiga pemain import seperti Patrick Reichelt dari Filipina, Jang Suk-won (Korea Selatan) dan Luka Milunovic (Serbia).