MUSA tak bayar gaji pemain?


Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) dilaporkan mempunyai masalah pembayaran gaji pemain musim ini.

Merujuk kepada laporan Stadium Astro, krisis yang melanda Melaka United itu tidak dinafikan atau diakui ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan.

Menurut Zainal Abidin, Melaka United tetap berupaya memberi komitmen tinggi untuk kekal bersaing dalam liga walaupun difahamkan berdepan masalah pembayaran gaji pemain.

Kata Zainal Abidin, dia mahu anak buahnya terus fokus setelah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan.

"Bagi saya, tiga perlawanan terakhir ini, kami boleh mengatasi lawan jika beraksi dengan lebih berkesan dan tidak membuang mata, jadi saya berharap pemain mengekalkan prestasi ini," katanya.

Masalah pembayaran gaji ini perlu diselesaikan secepat mungkin oleh pengurusan pasukan bagi mengelakkan perkara ini mengganggu prestasi pasukan.

Ini ditambah dengan ketibaan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang dalam tempoh sebulan lagi.

Foto: MUSA