.

.

Pemotongan geran dikurangkan, Melaka United berisiko ditolak mata


Hukuman pemotongan separuh daripada geran tahunan berjaya dikurangkan kepada 40 peratus namun Melaka United tetap berisiko ditolak mata saingan Liga Super musim ini.

Menurut Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), pemotongan dikurangkan sebanyak 10 peratus kepada Melaka United bersama dua lagi pasukan, Kelantan dan Sarawak.

Katanya, empat lagi pasukan seperti Kuala Lumpur, Felda United, PDRM dan Pulau Pinang pula dikurangkan hukuman pemotongan sebanyak lima peratus.

"Denda pemotongan geran ke atas Melaka United, Sarawak dan Kelantan dikurangkan sebanyak 10 peratus. 

"Ini kerana pasukan-pasukan tersebut belum melengkapkan surat pengesahan daripada Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, denda pemotongan sebanyak tiga mata akan diaktifkan ke atas Melaka United, Sarawak dan Kelantan sekiranya dokumen-dokumen tertentu masih tidak diserahkan sebelum atau pada 22 Mei depan.
Powered by Blogger.