.

.

Safiq kekal - MUSA


Safiq Rahim tidak akan ke mana-mana. Itu penegasan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) yang menyangkalkan dakwaan kononnya bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal ke sebuah pasukan di utara tanahair.

Setiausaha Agung MUSA, Farhan Ibrahim berkata, Safiq akan kekal beraksi untuk Melaka United sehingga akhir musim ini. 

"Tiada sebarang rundingan atau perbincangan antara persatuan dengan pasukan lain yang dikatakan berminat menawarkan tempat buat Safiq Rahim.

"Pastinya kemantapan pasukan akan terjejas tanpa beliau terutama di barisan tengah, tambahan keserasiannya bersama rakan sepasukan kian menyerlah," katanya menerusi kenyataan hari ini.


Sejak perpindahan pertengahan musim dibuka, Melaka United telah melepaskan seramai lima pemain secara pinjaman ke pasukan Liga Super dan Liga Premier.

Antaranya adalah R. Gopinathan ke PDRM, Wan Shukri Wan Ahmad dan Anselmo Casagrande (Pulau Pinang), Nurshamil Abd Ghani (Selangor United) serta Darko Markovic (Kuala lumpur).
Powered by Blogger.