.

.

Tak ada yang menyalak ke? Bendahari MUSA perli penyokong


Bendahari Kehormat Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA, Yuhaizad Abdullah menyindir segelintir penyokong pasukan selepas kemenangan ke atas Perak Sabtu lalu.

Menerusi satu ruangan komen di satu akaun Facebook, Yuhaizad yang merupakan Ketua Amanah Bahagian Jasin mempersoal tindakan penyokong yang berdiam diri selepas Melaka United menang 3-2 di gelanggang lawan.

Lebih sinis lagi, Yuhaizad psecara langsung bertanya kepada Naib Presiden MUSA, Mohd Ashiq Abd Samad dengan perkataan yang agak kasar yang dilabelkan kepada segelintir penyokong.



"Tak ada yang menyalak ke Ashiq Samad?" tulis Yuhaizat pada ruangan komen semalam.


Melaka United sebelum ini tewas 1-2 kepada Kedah di Stadium Darul Aman baru-baru ini dan mendapat kecaman daripada penyokong berikutan aksi longlai yang dipemerkan pertahanan.

Namun, kekalahan tersebut berjaya ditebus selepas mencatatkan kemenangan tipis 3-2 ke atas skuad Bos Gaurus sekali gus melonjakkan Melaka United ke tangga keempat Liga Super sebelum aksi berhenti rehat minggu ini.
Powered by Blogger.