.

.

Gol tunggal Reichelt pastikan The City Boys berputih mata


Perlukan gol? Hubungi sahaja Patrick Reichelt. 

Pemain sayap dari Filipina itu terus mempamerkan aksi konsisten di depan gawang apabila meledak gol kesembilan peribadinya malam ini apabila membantu Melaka United menundukkan Kuala Lumpur 1-0.

Bermula dengan gerakan Davy Angan dari sebelah kanan gol lawan, penyerang dari Ivory Coast itu melakukan hantaran silang dari dalam kotak penalti yang kemudiannya mudah disudahkan Reichelt pada minit ke-43.


Itu merupakan antara tidak percubaan tepat ke arah gol Melaka United sepanjang separuh masa pertama.

Babak pertama menyaksikan perlawanan agak seimbang namun Melaka United terlebih dahulu berpeluang menjaringkan gol sulung tetapi percubaan Dominik Balic ditepis keluar penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.

Perlawanan bertambah rancak selepas waktu rehat apabila rembatan Angan dari dalam kotak penalti sekadar singgah di tiang gol ketika Sharbinee tidak mampu berbuat apa-apa.


Pelawat memperoleh deretan peluang namun beberapa percubaan Luka Milunovic dan Safiq Rahim sama ada sedikit tersasar mahupun dihalang pertahanan lawan.

Kuala Lumpur turut mencipta peluang apabila rembatan bekas penyerang Melaka United, Ahmad Fakri Sa'arani terus ke dakapan Khairul Fahmi Che Mat.

Kemenangan ini melonjakkan Melaka United ke tangga keempat Liga Super dengan 26 mata daripada 17 perlawanan, berkongsi mata dengan Kedah di tangga ketiga.





Powered by Blogger.