.

.

Adly umum isu gaji pemain Melaka United esok


Penyelesaian kepada isu gaji tertunggak tiga bulan pemain Melaka United hanya diketahui esok.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Adly Zahari berkata, pengumuman mengenai tunggakan gaji pemain yang belum diterima sejak Aidilfitri lalu akan dibuat menerusi sidang media mesyuarat Exco kerajaan negeri, esok.

“Komen selepas mesyuarat Exco (Rabu) sebab ada beberapa perkara yang nak dimaklumkan kepada media,” kata Adly kepada Melaka Kini hari ini.


Isu tunggakan gaji terhadap pemain yang dilaporkan sumber Berita Harian tempoh hari mendapat pelbagai reaksi negatif daripada penyokong.

Ada dalam kalangan mereka yang mengaitkan isu tersebut dengan kegagalan pasukan menepati sasaran menamatkan kempen Liga Super 2019 di tangga keenam musim ini selepas dilihat berupaya mencapainya dalam baki beberapa perlawanan.
Powered by Blogger.