.

.

"Anak 3 bulan tak gaji, mok kat kampung pun tak dapat bagi"


Isu gaji tertunggak pasukan Melaka United memasuki lembaran baharu apabila ibu kepada salah seorang pemain mendakwa tidak menerima duit daripadanya anaknya selepas pengurusan pasukan gagal melunaskan tiga bula gaji sejak Aidilfitri lalu.

Menerusi komen yang dimuat naik di Facebook Melaka United Media, wanita berkenaan yang merupakan ibu pemain pertahanan Melaka United berkata, anaknya sehingga kini masih menunggu gaji yang sepatutnya diterima secara bulanan.

Selain itu, wanita tersebut berkata, wujud kemungkinan ramai pemain yang bakal angkat kaki disebabkan kegagalan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) menjalankan tanggungjawab sebagai majikan.

"Gaji tak bayar lagi, anak tak dapat gaji. Nak (hendak) bagi duit dekat mak di kampung pun tak dapat nak bagi. Faham-faham ajelah, tiga bulan tak bayar ni...

"Tahun depan semua player (pemain) angkat kaki la. Gaji tak bayar siapa hendak main," katanya hari ini.


BH Online Sabtu lalu mendedahkan Melaka United gagal melunaskan bayaran gaji selama tiga bulan sejak Hari Raya Aidilfitri lalu.

Menurut sumber yang dipetik BH Online, setakat ini pemain dimaklumkan pihak pengurusan sedang mencari dana namun setakat ini belum menerima sebarang bayaran.
Powered by Blogger.