.

.

Gaji 3 bulan tak bayar jejas moral pemain?


Isu gaji tertunggak didakwa menjadi punca kepada kemerosotan prestasi pemain terutama di beberapa perlawanan penghujung saingan Liga Super.

Biarpun Persatuan Bola Sepk Melaka United (MUSA) telah memperoleh bayaran hak penyiaran daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Isnin lalu, namun pemain didakwa masih belum menerima gaji hampir tiga bulan.

Menurut laporan BH Online yang memetik sumber, pemain Melaka United dikatakan belum menerima apa-apa bayaran gaji sejak Aidifitri lalu.



Menurut sumber, setakat ini pemain dimaklumkan pihak pengurusan sedang mencari dana namun setakat ini belum menerima sebarang bayaran.

"Situasi seperti ini memang membebankan kerana setiap bulan mereka memiliki komitmen dengan bank. Apabila bank menekan pemain, sudah pasti mereka juga mengharapkan pengurusan dapat selesaikan gaji mereka.

"Sebenarnya orang tidak tahu apa yang sedang dihadapi pemain. Malah mereka sebagai pemain profesional tidak mahu memanjangkan hal ini tetapi sampai bila mereka perlu tunggu?


"Kini tunggakan hampir memasuki tiga bulan dan kali terakhir pemain terima gaji adalah pada Ramadan lalu," katanya ketika dihubungi semalam.

Melaka United berpeluang menamatkan saingan di kedudukan tiga terbaik ketika baki dua perlawanan namun gagal mencatat kemenangan dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

Skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu seri 1-1 menentang PKNS FC di laman sendiri Selasa lalu sebelum tumpas 1-4 kepada Pahang, malam.
Powered by Blogger.