.

.

Gaji: Sebulan gaji akhir bulan ini, bayar penuh Ogos - Adly


Dilema pemain dan staf pengurusan berhubung isu gaji tertunggak melebihi tiga bulan bakal berakhir apabila Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) mengumumkan akan menyelesaikan hal tersebut sepenuhnya Ogos ini.

Presiden MUSA, Adly Zahari berkata, persatuan akan membayar sebulan gaji sebelum akhir bulan ini sementara baki gaji tertunggak akan diselesaikan sepenuhnya bulan depan.

"Kelewatan pembayaran gaji ini adalah berpunca daripada beberapa pihak penaja untuk melunaskan sumbangan mereka kepada MUSA. 

"MUSA berusaha menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain dan akan menjelaskan sebelum akhir bulan ini. Kita akan selesaikan pada Ogos ini, untuk dua bulan lagi tungggakkan," katanya dalam sidang media hari ini.

Isu tunggakkan gaji selama tiga bulan membelenggu pemain dan staf kejurulatihan Melaka United sehingga didakwa menjadi penyebab kepada kemerosotan prestasi pasukan dalam dua aksi terakhir Liga Super sehingga menjejaskan peluang meraih tempat ketiga.

Sementara itu Adly memaklumkan, jumlah gaji yang tertunggak adalah sebanyak RM3 juta, dengan jumlah keseluruhan gaji pemain dan pengurusan sebanyak RM1 juta sebulan.

Tambah beliau, pembayaran gaji pemain tidak melibatkan dana daripada kerajaan negeri sebaliknya kesemuanya daripada MUSA sendiri.


"Kalau setiap penaja mengikut komitmen mereka, isu tunggakan gaji tidak akan berbangkit. Namun kita tidak akan ambil tindakan kepada penaja yang berjanji.

Dalam pada itu Adly berkata, isu tunggakan gaji adalah sesuatu yang biasa dalam sistem bola sepak tempatan.

Katanya, dengan gaji yang tinggi, tunggakan gaji tindak menjadi kebimbangan besar kepada pemain khusunya dalam aspek keperluan kehidupan.

"Saya fikir (gaji) bukan keperluan mendesak. Kita di peringkat MUSA bagaimanapun tetap akan memastikan kebjikan pemain dipenuhi.

"Kita membelanjakan hampir RM1 juta sebulan untuk gaji dan angka itu bukanlah kecil. Kita tidak guna wang kerajaan negeri, keseluruhan sumbangan agensi dan sebahagian besar besar dari MUSA," katanya.
Powered by Blogger.