.

.

Melaka United temu PDRM untuk aksi sulung Piala Malaysia


Melaka United bakal membuka kempen Piala Malaysia menentang PDRM FA di laman sendiri pada 4 Ogos ini.

Menurut jadual pusingan pertama yang dikeluarkan Malaysia Football League (MFL), Melaka United seterusnya akan melayan kunjungan Selangor pada 8 Ogos untuk aksi kedua.

Untuk perlawanan ketiga, skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu akan bertandang ke Jengka, Pahang menentang Felda United pada 17 Ogos untuk melengkapkan pusingan pertama Piala Malaysia.

Kelebihan pastinya buat Melaka United di pusingan kedua, apabila menentang PDRM FA di Stadium Hang Jebat yang dikiran gelanggang lawan kerana pasukan berstatus kelab tersebut turut menjadikan 'kubu' di Krubong itu sebagai laman sendiri.

Melaka United layak ke Piala Malaysia selepas menamatkan saingan Liga Super di kedudukan keenam dan kemudiannya diundi bersama juara 33 kali, Selangor, Felda United dan PDRM FA.
Powered by Blogger.