.

.

Piala Malaysia: Saingan terbuka di Kumpulan D


Melaka United bakal berdepan juara sebanyak 33 kali, Selangor untuk aksi peringkat kumpulan D Piala Malaysia 2019.

Selain The Red Giant, skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu bakal bertandang ke Stadium Tun Abdul Razak, Jengka menentang Felda United, pasukan yang terselamat daripada penurunan divisyen semalam.


Sementara satu lagi pasukan yang bakal ditemui Melaka United adalah PDRM FC yang kini dibimbingan bekas pengendali skuad Hijau Putih, E. Elavarasan.

Saingan Piala Malaysia dijangka bermula 3 Ogos ini dan jadual penuh perlawanan akan dikeluarkan Malaysia Football League (MFL) dalam tempoh 48 jam selepas undian.

Pada musim lalu, Melaka United turut satu kumpulan dengan PDRM FA, PKNS FC dan Felda United namun pasukan yang dibimbingan Elavarasan ketika itu gagal melangkah ke peringkat suku akhir apabila menamatkan saingan di tangga ketiga, di belakang PKNS FC dan Felda United.
Powered by Blogger.