.

.

Buka dompet pun jerebu... Pemain luah rasa geram isu gaji tertunggak


Selepas kapten, Mohd Shukor Adan meluahkan rasa kecewa terhadap pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) berhubung isu tunggakan gaji, beberapa pemain lain turut meluahkan rasa sama di media sosial.

Pemain pertahanan, Raimi Mohd Noor mendakwa, pengurusan MUSA gagal melunaskan tunggakan tiga bulan gaji antara Julai hingga September.


Menerusi tanda pagar di akaun Instagramnya, Raimi berkata, pengurusan sepatutnya menghormati pemain yang bermatian berjuang bersama pasukan dengan membayar gaji tepat pada masanya.

"Hargai pemain, kami bukan budak-budak. Teruknya jerebu sampaikan buka dompet tak nampak duit.


"Gantung tiga bulan lepas tu bayar sebulan. Dari awal musim sampai sekarang masalahnya sama sahaja. Menang tapi tak ada duit," katanya hari ini.

Sementara itu, penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat turut berkongsinya kenyataan berhubung pembayaran gaji yang sepatutnya diterima pekerja.


Cuba mengaitkan situasi cuti pelajar sekolah dan pekerja, Khairul Fahmi atau Apek memberikan bayangan bahawa pekerja (pemain) kini terdesak untuk mendapatkan gaji mereka.

"Adakah pekerja tidak bernafas menerusi hidung? Ya, tepat sekali kerana pekerja bernafas melalui gaji.

"Cuba lihat pekerja hirup jerebu, mereka tenang sahaja tetapi cuba gaji mereka hampir habis dibelanjakan sebelum gaji seterusnya, mereka akan kelemasan dan separuh mati," katanya yang dikongsi menerusi Instagramnya.

Foto: MUSA, IG Raimi, Khairul Fahmi
Powered by Blogger.