.

.

Main bermati-matian tapi gaji tak bayar - Shukor


Di sebalik kejayaan menempa slot ke suku akhir Piala Malaysia, ada luka sungguh dalam yang hampir menjadi parut dalam hati pemain-pemain Melaka United.

Kapten, Mohd Shukor Adan berkata, pemain telah memberikan persembahan terbaik bagi memastikan pasukan dapat melangkah jauh dalam saingan berprestij itu musim ini.


Namun dakwa beliau, pemain-pemain kecewa dengan sikap pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) gagal menyelesaikan bayaran gaji tertunggak seperti yang pernah dijanjikan sebelum ini.

"Alhamdulillah layak ke suku akhir. Terima kasih penyokong atas sokongan dan pemain-pemain yang bermain bermati-matian walaupun terbeban dengan masalah gaji yang belum dibayar," katanya menerusi catatan di Instagramnya hari ini.



Kapsyen tersebut turut disertakan beberapa tanda pagar seperti #hidupkenaAMANAH, #cubahormatipemain, #merekaadafamily dan #kamibknsampah.

Baru-baru ini MUSA menerusi Presiden, Adly Zahari berjanji akan menyelesaikan tunggakan gaji yang melanda pasukan sepenuhnya Ogos lalu.

Namun, tidak dapat dipastikan berapa lama tempoh tunggakan gaji terbaharu pemain dan pengawai pasukan. 

Foto: MFL
Powered by Blogger.