.

.

Protes pemain? Melaka United tumpas mudah di tangan Tok Gajah




'Apa yang kamu beri, itu yang kamu dapat.'

Itu yang perumpaan yang perlu dijadikan pengajaran pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) selepas menyaksikan Melaka United tumpas 0-3 kepada Pahang malam tadi.

Biarpun mampu bertahan tanpa jaringan pada babak pertama, aksi mengecewakan dipamerkan pemain Melaka United apatah lagi kehilangan kapten, Mohd Shukor Adan.

Pengganti Shukor, Mohd Razman Roslan pada awalnya seakan pemain gantian ideal untuknya namun kegagalannya dan Jang Suk-won membaca hantaran Matthew Davies memberikan Lazarus Kaimbi menyumbat gol pertama Tok Gajah.

Isu gaji tertunggak dilihat mempengaruhi corak permainan Melaka United yang agak menyecewakan sepanjang perlawanan.

Pemain yang konsisten sepanjang musim inj seperti Patrick Reichelt, Luka Milunovic dan Safiq Rahim kurang menyerlah ketika menentang Pahang.

Keadaan bertambah buruk apabila Pahang menambah jaringan kedua hanya dua minit selepas itu menerusi Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.

Belum pun sempat Melaka United memperkemaskan benteng mereka, Pahang terus menambah derita tuan rumah menerusi jaringan Dickson Nwakame pada minit ke-62.

Kesilapan penjaga garisan yang terlebih awal mengangkat bendera pada minit ke-83 menafikan peluang keemasan Melaka United untuk merapatkan jurang selepas Mohd Nazrin Nawi didakwa berada di kedudukan offside biarpun ulang tayang menunjukkan pemain sayap itu berada di kedudukan yang betul.

Tugas getir pastinya menanti Melaka United di Kuantan minggu depan untuk memadam defisit gol sekali gus mencari kemenangan besar di gelanggang lawan.
Powered by Blogger.