.

.

Zainal gugur Shukor untuk aksi menentang Pahang


Tindakan ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan menggugurkan kapten, Mohd Shukor Adan bagi aksi suku akhir pertama menentang Pahang malam ini merupakan satu kejutan.

Pengguran bekas pemain Felda United itu yang merupakan antara pemain utama pasukan berlaku selepas kelantangan Shukor di media sosial akibat isu gaji.

Ini sekali gus mencetuskan persoalan adakah pemain berkenaan digugurkan kerana kelantangannya di media sosial atau kecederaan dialami permain berkenaan.

Seorang lagi pemain yang mengetengahkan isu gaji tertunggak, Raimi Mohd Noor diletakkan di bangku simpanan dan digantikan dengan Muhamad Faris Shah Mohd Rosli.

Untuk perlawanan malam ini, Zainal Abidin meletakkan Jang Suk-won berpasangan dengan pemain berpengalaman, Mohd Razman Roslan bagi menyekat kemaraan jentera serangan Pahang.

Mungkinkah ini hukuman buat Shukor sedangkan beliu dilihat turun menjalani latihan pasukan petang semalam?

Foto: MUSA
Powered by Blogger.