.

.

Mana RM20 ribu kami? Skuad juara wanita belum terima imbuhan


Belum pun selesai kemelut gaji yang melanda pasukan Liga Super, Piala Presiden dan Belia Melaka United, kini timbul satu lagi isu apabila skuad 'sang juara' wanita yang menjuarai Piala Tun Sharifah Rodziah menuntut wang imbuhan mereka.

Menurut laporan Arena Metro, Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) sehingga kini gagal melunaskan imbuhan sebanyak RM20,000 biarpun kejohanan tersebut berakhir pada 14 Julai lalu.

Lebih menyedihkan, usaha pemain dan pegawai pasukan wanita untuk mendapatkan hak seperti yang dijanjikan seolah-olah tidak dilayan sekali gus membuatkan mereka makan hati dengan apa yang berlaku.


Dengan memetik sumber akhbar tabloid itu, pemain dan barisan kejurulatihan termasuk pengurusan pasukan itu dijanjikan imbuhan RM20,000 yang diumumkan sebaik sahaja mereka memenangi kejohanan ulung wanita negara tersebut.

Bagaimanapun sehingga kini apa yang dijanjikan sekadar cakap kosong dan selepas hampir tiga bulan, kantung pemain skuad wanita Melaka United masih lagi kosong.


"Pengurusan MUSA mengumumkan imbuhan terbabit atas usaha pemain dan barisan kejurulatihan yang banyak berkorban hingga muncul juara. Semua pemain berkorban masa dan tenaga malah mereka juga berjuang berusngguh-sungguh walaupun elaun tidak seberapa.

"Namun, bila sudah berjanji untuk memberi imbuhan, perkara itu patut ditunaikan," katanya semalam.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.