.

.

Agba import ketiga Melaka United


Melaka United mengikat penyerang PDRM FA, Uche Agba bagi mengisi kuota pemain import pasukan itu musim depan.

Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) menerusi kenyataan mengesahkan penyertaan Agba ke dalam pasukan yang dibimbing Zainal Abidin Hassan itu musim depan.

Agba, 33,  pemain kelahiran Lagos, Nigeria tidak asing lagi dalam kancah Liga Malaysia dengan beraksi mewakili PDRM FA musim lalu.

"Beliau pernah mewakili beberapa kelab luar negara sekitar Asia Barat dan Afrika antaranya FC Heartland (Nigeria), CS Sfaxien (Tunisia), Al Qadisiyah (Arab Saudi), Al-Muharraq (Bahrain), Dibba Al-Hisn (UAE), Al-Hidd (Bahrain) dan Kaduna United (Nigeria).


"Semoga dengan pengalaman luas yang dimiliki Agba bakal mempertajamkan lagi serangan Skuad Hang Tuah sebagai antara pasukan yang mampu memberi saingan dalam semua pertandingan Liga Malaysia musim depan," katanya hari ini.

Agba merupakan pemain import ketiga Melaka United selepas Jang Suk-won dari Korea Selatan dan Romel Morales (Colombia).
Powered by Blogger.