.

.

Black, Deevan Raj kekal semusim lagi


Mohamad Faris Shah Mohd Rosli dan S. Deevan Raj sah kekal semusim lagi di Melaka selepas ditawarkan kontrak lanjutan oleh Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) hari ini.

Kontrak tersebut disampaikan Presiden baharu MUSA, Damian Yeo Shen Li di Wisma MUSA hari ini yang turut dihadiri, Ketua Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin.

Deevan Raj mula mendapat tempat dalam kesebelasan utama pada separuh kedua musim 2019 dan kepercayaan tersebut dibalas dengan persembahan konsisten bekas pemain sayap PKNP FC itu.

Sementara itu, Mohamad Faris Shah atau Black yang bakal kekal untum musim ketiganya di Melaka kerap beraksi di bahagian pertahanan dan di posisi tengah bertahan.

Keputusan mengekalkan kedua-dua pemain tersebut menjadikan jumlah pemain dikekalkan seramak tiga orang selepas penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang masih berbaki kontrak setahun lagi di Stadium Hang Jebat.

Foto: MUSA
Powered by Blogger.